Friday, November 4, 2011

PENGHANTAR CINTA..

Cinta ini diberikan Tuhan
yang menciptakan juga insan
disahut oleh hamba- hamba-Nya
yang bening sanubari
dipuput pawana iman

Dengan cahaya mentari siang
terang menerangi walang
Adam mencintai Hawa
untuk menarik sakinah mawaddah
cinta menjambatani hikmah

Dalam setiap kalbu pasti ada
sumbu untuk menyalakan kasih
sesama manusia yang dikasihi
menaikan taaruf warga
dari pelbagai sempadan geografi

Cinta mengurus keresahan
gumulan benci melayak hilang
menguji diri agar menghormati
perbezaan dan persamaan
dapat saling saksama serasi

Penghantar cinta pada tiap pintu
ketuklah dahulu dengan sebaiknya
ucapkan salam untuk sejahtera
redakan lingkaran amanah
gulat prasangka akan menyimpul mati..

1 comment: