Thursday, November 10, 2011

KATA CINTA, KATA SAYANG..

Tiada orang berkata begini :
"Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api"
Sepatutnya, orang kata begini :
"Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak"
Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara' benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah S.W.T tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah S.W.T larang berzina, Allah S.W.T larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah S.W.T atas nama cinta dan sayang.
Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka ?
Kata sayang?
Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama- sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka sama- sama kita ?
"Nanti taubat la.."
Nanti tu bila? Kalau xsempat? Jangan berlagak sayang..kita tatau kita mati bila. Tengah- tengah bonceng motor seronok- seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa- apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari- hari. 
Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah S.W.T.
Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata :"I Luv You Sayang.."Tak ada beza.


No comments:

Post a Comment