Friday, November 4, 2011

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUMMU..

Andai dia pergi dulu sebelummu,
 tanyakan pada hatimu yang sebati dengan hatinya,
apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak- anakmu,
  lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak- anakmu punya masa depan.
Ditanganmu segala cita- cita dan harapan.Jangan nestapa ini menjadi halangan. 
Apakah kau tega mengecewakan?


Andai dia pergi dulu sebelummu,sapulah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu
 menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun,
sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya... kau telah pergi, pergi bersama                               doaku. Kau tunggu di sana, pasti kau akan menyusul nanti!
  Andai dia pergi dulu sebelummu, tanyakan pada hatimu yang sebati dengan hatinya, apa
yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak- anakmu, lontarkan fikir melampaui kesedihan.
    Anak- anakmu punya masa depan. Di tanganmu segala cita- cita dan harapan. Jangan sampy nestapa
                          ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelummu, katakan pada diri, akanku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa terpaksa
bertongkat dau.gu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di barzakh itu.
Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak- anak itulah titiannya.
Dijambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala...
                                              yang mengalir selamanya..
Andai dia pergi dulu sebelummu,, walaupun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan.
Dulu kita bertemu untuk berpisah, kini kita berpisah  untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dialaui
oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah apabila ditinggalkan Rasulullah S.A.W.
  Andai dia pergi dulu sebelummu, sibuklah dirimu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk sedih.
Gembirakanlah hatimu dengan mengembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang
bertaburan. Apabila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al-Quran. Dirikanlah
solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan.
               Andai dia pergi dulu sebelummu, bisikan ke dalam hatimu yang paling dalam. Dia bukan milikku.
 Dan aku pun bukan miliknya. pemilik segala ialah al-Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai
segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampy masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa
memiliki. Apabila terasa sepi, jangan katakan aku sepi...tapi katakan padaku sentiasa ada pemerhati...

insan yang telah pergi  dan meninggalakan dirikuw untuk selama-lamanya... telah menghadap ILLAHI terlebih dahulu..insan yang amat bermakna dalam riwayat hidupkuw...ak telah kehilangan atuk dan nenek buat selamanya...AL-FATIHAH dan doa cucumu yang solehah mengiringi dan temani mu di alam barzakh sana..

No comments:

Post a Comment